Monday, September 30, 2024

Bandaraya Kuching: Permata Bumi Kenyalang

 


Bandaraya Kuching: Permata Bumi Kenyalang

Kuching, ibu negeri Sarawak, Malaysia, merupakan sebuah bandaraya yang kaya dengan sejarah, budaya, dan keindahan alam. Terletak di tebing Sungai Sarawak, bandar ini tidak hanya terkenal dengan pemandangan yang memukau tetapi juga warisan budayanya yang unik.

Sejarah dan Budaya

Kuching mempunyai sejarah yang panjang dan menarik. Nama “Kuching” dipercayai berasal dari perkataan Melayu yang bermaksud ‘kucing’, namun terdapat juga teori yang mengaitkannya dengan perkataan Cina “gu cheng” yang bermaksud ‘bandar lama’. Sejak zaman pemerintahan Brooke, Kuching berkembang pesat sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan. Peninggalan sejarah seperti Astana, bangunan bersejarah yang merupakan kediaman Gabenor Sarawak, dan Fort Margherita yang dibina untuk mempertahankan bandar ini, menjadi daya tarik pelancong.

Kuching juga dikenali dengan pelbagai festival budaya yang merayakan kepelbagaian etnik di Sarawak. Festival seperti Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah, memperlihatkan tradisi dan adat yang kaya. Masyarakat tempatan yang terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti Iban, Bidayuh, dan Melanau, menyumbang kepada kepelbagaian budaya bandar ini.

Tarikan Pelancongan

Kuching menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang menarik. Antara yang terkenal ialah Taman Negara Bako, yang menjadi rumah kepada pelbagai spesies flora dan fauna, termasuk orangutan. Pelancong juga boleh meneroka Pusat Penyelidikan Hidupan Liar Semenggoh, di mana mereka dapat melihat orangutan yang dilatih untuk kembali ke habitat semulajadi.

Sungai Sarawak merupakan lokasi yang tidak boleh dilepaskan. Pengunjung boleh menikmati pelayaran santai sambil menikmati pemandangan indah bandaraya. Di tebing sungai, terdapat juga Waterfront Kuching yang dihiasi dengan pelbagai kafe, restoran, dan gerai makanan. Makanan tempatan seperti Laksa Sarawak, Kolo Mee, dan Manisan Kueh Lapis adalah antara hidangan yang mesti dicuba.




Pendidikan dan Kemajuan

Kuching juga merupakan pusat pendidikan yang penting di Sarawak. Terdapat beberapa institusi pengajian tinggi yang berkualiti, termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang menawarkan pelbagai program akademik. Bandar ini semakin pesat membangun dengan pelbagai inisiatif untuk memperkukuhkan ekonomi dan infrastruktur.

Kesimpulan

Sebagai sebuah bandaraya yang kaya dengan sejarah dan budaya, Kuching merupakan destinasi yang menarik untuk diterokai. Keindahan alamnya, kepelbagaian budayanya, dan kemajuan yang pesat menjadikan Kuching bukan sahaja tempat tinggal yang menarik, tetapi juga sebuah permata yang patut dikunjungi oleh setiap pelancong. Dengan semua daya tarik ini, Kuching pasti akan meninggalkan kesan mendalam di hati setiap pengunjung.


Sunday, July 31, 2022

Kuching Street View, Kuching Waterfont 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ini saya nak tunjukkan tempat yang harus dikunjungi bagi semua pelancong yang berkunjung ke bumi kenyalang Sarawak iaitu Kuching Waterfront.



Terletak di tepi sungai Sarawak, Kuching Waterfront menjanjikan pemandangan yang indah, dengan pemandangan kampung-kampung diseberang sungai, Astana Negeri, bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan sebagainya.

Tidak ketinggalan kelihatan perahu-perahu tambang menyusuri Sungai Sarawak . Pastikan anda mencuba untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk ke seberang sungai di mana terletaknya kedai Kek Lapis Mira Cake House.


Wednesday, June 8, 2022

Hiking ke Temple Hill Matang / Mount Matang Sri Maha Mariamman Temple

 Assalamualaikum Salam Sejahtera...

Baru-baru ini saya bersama keluarga telah meluangkan masa lapang kami sempena cuti sekolah ini untuk mendaki bukit Sri Maha Mariamman Temple, Kampung Matang, Kuching.

Kuil ini terletak lebih kurang 20km dari pusat bandaraya Kuching. Ianya bersebelahan dengan Gunung Serapi. Kalau dari sesetengah kawasan di Kuching Gunung Serapi dan Gunung Santubong ni kira dominanlah dari pandangan mata. awwwww

Untuk ke bukit ini saya hanya berpandukan apps google maps sahaja. Amat mudah, cuma taip nama tempat dan start sahaja dan apps akan membawa anda terus ke kawasan tempat letak kereta di kaki bukit. Sebelum sampai kita akan masuk melalui Kampung Matang. Bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan untuk meletak kenderaan di sini. Ini kerana tempat meletak kenderaan adalah kawasan persendirian. Walau bagaimanapun tiada bayaran dikenakan untuk mendaki bukit ini.

Kalau agak keberatan untuk mengeluarkan duit untuk membayar anda boleh aje letak kenderaan dekat kawasan lain dan naik aje Grab,Maxim atau Bas tapi macam sama aje kosnya malahan mungkin lebih tinggi kecuali Bas lah. Kebanyakan perkhidmatan Bas di Kuching ni tambangnya cuma RM1 ke mana-mana destinasi berhampiran.


 

 

 Jarak dari tempat letak kenderaan di kaki bukit hingga ke puncak terletaknya Mount Matang Sri Maha Mariamman Temple ini adalah sejauh lebih kurang 3km dan mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam  bagi yang fit dengan berjalan kaki di atas jalan mini tar sepanjang pendakian tersebut. Saya sampai puncak agak lama jugak dalam sejam setengah sebab tak mahu paksa anak-anak naik laju, pelan-pelan kayuh kata orang. 

Kalau tak larat berhenti rehat dan jangan paksa diri. Lagipun saya terpaksa mendukung anak bongsu saya berusia 3 tahun sebab dia tidur. Mengantuk sangat dipertengahan pendakian. Dah le lama tak mendaki, kena pulak dukung anak berat dalam 14kg. Memang perit wehhh.



 






















Saya cuma sampai di pintu utama temple,tak naik ke bahagian atas temple sebab perlu membuka kasut. Leceh sikit nak buka kasut ni mana tau kaki kita ada bau nanti menganggu kesejahteraan pulak hehe. Lain kali aje lah naik atas. Dekat pintu utama ni ada orang jual minuman dalam tin dan botol. Manalah tahu air bekal dah habis semasa pendakian bolehlah beli.

Juga terdapat tandas untuk kita menumpang teduh ahahaha. Saya sampai-sampai aje terus cari tandas sebab nak melabur. Mungkin sarapan kuah roti canai tu menewaskan perut hamba yang lemah ini. 

Selesai rehat dalam 10 minit kami bergegas ( terpaksa pakai ayat ni hehe ) turun sebab cuaca nampak mulai mendung. Bawak budak-budak ni kalau hujan kesian pulak. Kalau saya seorang aje takde masalah, hujan pun on aje.

Penilaian saya pada Temple Hill ni saya boleh berikan  sebagai pendakian santai. Memang sesuai untuk newbie atau mereka yang baru nak berjinak dengan aktiviti pendakian. Kalau nak dibandingkan dengan Air Itam Dam Penang, Bukit Bendera atau Bukit Tokun memang jauh berbeza cabaran pendakiannya. Anak saya yang darjah 2 selamba berlari semasa mendaki disebabkan tiada bukit yang curam atau mencabar. Dia tak rasa lagi Gunung Serapi hehe. Bukit boleh laa nak ek. Lagi sekali diingatkan, jangan ikut tenaga orang lain, rasa diri tak larat berhentilah berehat. Tak perlu malu disebabkan penat.

Target saya selepas ini adalah Gunung Serapi. Mungkin pendakian solo sahaja.


Ringkasan Sejarah
Sejarah Mount Matang Sri Maha Mariamman Temple saling berkaitan secara langsung dengan kedatangan nenek moyang India Sarawak sekarang. Secara ringkasnya, pekerja ladang kopi dibawa ke Sarawak pada separuh kedua abad ke-19. Pada tahun 1867, Ladang Kopi Matang dibuka oleh Kerajaan Sarawak. Peneroka awal kebanyakannya beragama Hindu, namun mereka tidak mempunyai tempat pemujaan. Peneroka tersebut kemudian berkumpul dan membina Kuil Sri Maha Mariamman di Ladang Kopi. Pada tahun 1870, Rajah dan Ranee telah dicatatkan yang mereka telah tinggal di Ladang Kopi selama lebih kurang tiga minggu di banglo yang kini dikenali sebagai Rajah Charles Brooke’s Bungalow (Valembrosa). Menjelang tahun 1873, lebih dari 100,000 tanaman sihat ditanam di ladang tersebut tetapi ia tidak mengeluarkan hasil. Oleh itu, menjelang tahun 1886, ladang tersebut telah berubah menjadi teh dan cinchona.
  Sumber web
 

Lama menyepi,kembali lagi dengan semangat yang baru.

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Sudah lama tidak menulis di blog ini. 3 tahun berlalu blog ini sunyi tanpa sebarang update...2019,2020,2021 dan sekarang 2022 bulan Jun baru ada semangat untuk menulis lagi.

Banyak yang telah berlaku sepanjang tempoh tersebut. Penghujung tahun 2019 aku telah bertukar tempat bertugas dari Kulim, Kedah ke kampung halaman ku di Kuching Sarawak setelah berbelas tahun menabur bakti dan keringat di tanah semenanjung.....

Kalau diikutkan ada banyak bahan yang boleh aku tulis dan kongsikan di blog ini tetapi disebabkan sibuk dengan tugas di tempat baru dan masalah peribadi aku jadi malas nak menulis dan berbloging.

Sekarang ni blog macam dah tak relevan disebabkan platform media sosial yang lain seperti tik tok,facebook,youtube dsb sekadar menyebut sebahagian. Tetapi bagi aku blog ini ibarat diari online.

Bukan blog untuk menghasilkan pendapatan macam blog atau website orang lain yang lebih hebat dan padat informasi isinya.

Semoga bermula Jun 2022 ini aku lebih rajin untuk menghasilkan konten untuk dikongsi di blog yang serba kekurangan ini. oooohhhhhhhhh mennnn.

Tuesday, October 23, 2018

Mendaki Bukit Tokun dari empangan lama.

      Seperti selalu, kali ini saya akan menceritakan serba ringkas panduan untuk mendaki Bukit Tokun melalui empangan tinggal. Secara ringkasnya, Bukit Tokun terletak lebih kurang 6 kilometer dari pusat bandar Bukit Mertajam. Boleh juga dikatakan sebagai puncak tertinggi di kawasan tanah besar Negeri Pulau Pinang.

Pada hari Sabtu 20/10/2018 saya bersama dengan junior-junior saya pergi mendaki Bukit Tokun melalui trek empangan tinggal. Kalau diikutkan trek Bukit Tokun ni ada banyak, salah satunya ialah trek yang bakal kami daki ini. Kebiasaannya pengunjung boleh mendaki melalui jalan tar untuk ke puncak atau trek air terjun untuk sampai ke tempat rehat  Kelab Rekreasi Bukit Mertajam. Tapi saya lebih memilih untuk mendaki melalui trek empangan kerana lebih mencabar untuk sampai ke puncak  ( pendapat peribadi saya ).





Jalan masuk ke Bukit Tokun melalui Jalan Kolam (P135)terus ke penghujung jalan. Kalau dari Bukit Mertajam jalan ini terletak di sebelah kiri, dari arah Kulim pula terletak di sebelah kanan. Panduan untuk masuk ke sini ialah di depan simpang masuk ada terdapat kedai mee kuah ketam. 
Haaa...mesti jumpa punya. Susah sangat WAZE aje hehe.
















 Jalan masuk simpang ni di kelilingi kampung. Anda dinasihatkan tidak memandu kereta atau menunggang motor macam pelesit.




Apabila sampai di pintu gerbang ,parking kereta atau motorsikal anda di tempat yang sesuai. Bagi pengguna motorsikal anda boleh meletak kenderaan anda di kaki lima hadapan tandas awam bagi memudahkan anda ke trek empangan.


Untuk ke trek ini, ikut jalan nak ke empangan Tokun. Dari pintu gerbang masuk anda kena ambil lorong kiri terus kek hujung jalan. Dari sini dah nampak empangan tinggal tu.






Suku pendakian anda akan melalui kawasan tadahan air. Kira jumpa air terjun mini la lebih kurang. Boleh berehat di sini asalkan jangan buat kacau sudah.




Sepanjang trek lebih kurang begini lah dia punya denai. Tak ada jalan-jalan santai macam laluan pendakian jalan tar.

 Geng ni mendaki ibarat urat penat dah putus. Gila sungguh.

Kepenatan. Seperti biasa jangan ikut rentak orang. Kalau tak larat berhenti rehat dulu.



Binaan seperti piramid banyak terdapat di sepanjang pendakian. Apakah??? hehe.




Punyalah penat sampai terbongkok-bongkok saya nak mendaki. Dia boleh steady selfie cehhh.


 Owh ya, jangan lupa bawa bekal bila mendaki. Sekurang-kurangnya bawalah air untuk melepas dahaga. Atas ni tak ada kedai aaaaaaa.








Lagi struktur binaan seperti piramid di kawasan atas.







Sesetengah laluan direntangi pokok tumbang.






 Anak panah merujuk kepada laluan pendakian ke puncak. Simbol Bintang di dalam peta menandakan laluan ke meja batu. Kalau tak larat nak mendaki boleh keluar ikut laluan ni turun melalui jalan tar. Kalau rasa larat lagi on je terus ke atas. Dari laluan ini kalau tak masuk ke trek bersimbol Bintang dalam peta ni anda kena lalui trek yang agak menurun sedikit. Jangan bimbang, sepanjang trek bertanda. Dalam jarak lebih kurang 20 - 30 meter laluan menurun tamat dan pendakian bermula kembali. hehe. Rakam kenangan anda di setiap tempat anda berhenti rehat. Ambil sebanyak mana gambar yang boleh. Tinggalkan kenangan, jangan tinggal SAMPAH ye.




Papan tanda penanda arah banyak di sepanjang laluan. Insya Allah anda takkan sesat.




Bila nampak aje sayup-sayup pagar ni perasaan lega dia tak boleh nak digambarkan. hahaha.



Ikut laluan kiri anda bila jumpa kawasan berpagar ni.







































Haaa.... ni la pagar depan dia. Teruskan perjalanan ikut laluan tar di hadapan.



Anda akan jumpa kawasan ni pula. Check point utama kalau naik ikut laluan tar. hehe. Dari sini anda boleh turun terus menggunakan laluan tar untuk ke bawah atau ikut laluan anda naik tadi. 


Sepanjang laluan turun melalui jalan tar pemandangan seperti ini dapat dilihat.


 Saya turun ikut laluan tar sampai ke kawasan meja batu tempat bersimbol bintang dalam peta tadi untuk turun menggunakan trek hutan. Lagi mencabar dan lebih mudah kalau dibandingkan turun ikut laluan tar.

Kamera dari Sony Xperia Z3+. Steady jugak.hehe

Selesai misi mendaki Bukit Tokun melalui trek empangan. Basah lencun macam mandi tapi kepuasan yang sukar digambarkan.

Lain kali naik lagi kalau ada masa.
Selain hiking saya selalu juga naik ke puncak dengan mountain bike cuma laluannya berbeza laa hehe. Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...