Tuesday, July 14, 2015

Cara mudah download mp3 menggunakan Mozilla Firefox

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ramai yang bertanya bagaimana cara saya muat turun lagu dalam bentuk mp3. OK. Ini cara yang saya selalu gunakan dan saya akan kongsikan bersama.

Senang je, hanya pakai pelayar Mozilla Firefox add-ons .

1. Mula-mula buka pelayar Mozilla Firefox kemudian klik ikon di bahagian atas sebelah kanan yang bergaris 3 melintang tu. Lepas tu Klik icon Add-ons.



2. Klik di ruangan search dan taip " mp3 "



3. Akan keluarlah paparan seperti di atas.  Pilih Multi Youtube mp3 1.1.4 dan klik install.


4. Selesai install klik di bahagian " My add-ons " dan software add-ons sudah dipasang di pelayar Mozilla Firefox anda. Restart / tutup atau keluar dari pelayar anda dan buka semula. 
Buka halaman youtube. Klik apa sahaja video yang anda suka. Saya bagi contoh saya taip napalm death dan saya klik.



5. Di bawah video sudah terpapar Add-ons untuk download mp3. Klik icon tersebut. Anda akan di bawa ke halaman seterusnya.



6.  Klik icon seperti yang ditunjukkan anak panah. 



7. Klik save file dan kemudian klik Ok. Mp3 anda dalam proses muat turun.


8. Proses muat turun boleh dilihat di ruangan atas sebelah kanan.
( abaikan firefox-29.0.1.tar.bz2 tu, kalau download lagu kegemaran anda tajuk dia yang akan terpapar di sini. ini saya bagi contoh aje )

9. Kalau nak burn dalam cd/dvd ni saya bagi link download software burning free. Klik SINI



10. kLIK " Download Now " .

Sekian sahaja untuk kali ini. 

Semoga bermanfaat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...