Monday, September 24, 2018

HIKING BUKIT BENDERA HERITAGE TRAIL

AYAT BLOG INI DISENGAJAKAN SKEMA SUPAYA BOLEH DI ALIH BAHASA DENGAN MUDAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama juga saya tidak mengaktifkan blog ini disebabkan kesibukan tugas dan ketiadaan bahan.
Kali ini saya akan menceritakan trip kami sekeluarga hiking ke Bukit Bendera Pulau Pinang melalui laluan warisan a.k.a Heritage Trail.

Mulanya rancangan kami untuk hiking ke Ngor Hean Temple Air Itam Dam tetapi disebabkan laluan naik ke atas tidak dibuka kepada orang ramai jadi terpaksalah ubah rancangan. Memang tidak terniat untuk hiking ke Bukit Bendera pada mulanya. Konon-konon saja nak tengok laluan masuk hiking dari arah mana tetapi terlanjur ke atas terus. hehe

Bagi sesiapa sahaja yang berhajat untuk hiking ke Bukit Bendera melalui Heritage Trail ini dipersilakan. Jika berkereta/bermotorsikal, anda boleh parking kereta anda di kawasan Parking di Jalan Pokok Ceri. Ini untuk memudahkan anda naik terus ke trek hiking dari kawasan parking kereta. Jika nak parking di parking bertingkat pun tidak menjadi masalah asalkan anda tahu jalan nak ke trek ini.
Bayaran parking di Parking Jalan Pokok Ceri ini sebanyak Rm5 sekali masuk.

Kawasan Parking bertanda merah P.  Jalan masuk dari Jalan Ceri bertanda X.

Dari kawasan parking di Jalan Ceri anda kena menghala ke arah Tokong Then Kong Thnuah iaitu ke arah atas bukit sebelah kanan. Ikut sahaja jalan yang menaik tu. Anda mesti akan terjumpa mercu tanda nak naik ke atas melalui papan tanda yang disediakan. Pasti tidak akan tersesat.


Dari arah parking kereta menuju ke atas anda akan melalui jalan seperti ini. Awal-awal dah berbukit so jangan ambil ringan persiapan anda untuk hiking ke sini. Pasti mencabar untuk newbie hikers.



Bila nampak tanda arah ini membuatkan anda semakin 
teruja untuk menakluki Bukit Bendera.

Sebelah batu yang bertanda tadi ada meja dan tempat duduk 
disediakan untuk berehat. Pemandangan di sini pun dah cantik.

Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. 
Jangan ikut orang, kalau tak larat berhentilah rehat. 

Di awal pendakian anda akan berjumpa dengan batu tanda
 Bukit Bendera seperti ini. Ambil peluang untuk merakamkan 
kenangan anda di sini.


Disepanjang pendakian ada disediakan pondok seperti ini 
untuk melepaskan lelah.

Tangga-tangga yang seperti tiada kesudahan  inilah yang anda akan hadapi 
apabila hiking melalui Heritage Trail. Gila tinggi tangga ni.

Anda telah sampai di Stesen Tengah. Pemandangan dari sini sungguh mengujakan. 

Di antara pemandangan Stesen Tengah. Kalau naik train 
memang tak akan dapat jumpa tempat ni.

Train lama Bukit Bendera. Sudah tidak digunakan lagi. 

Pemandangan dari Stesen Tengah. Untuk pengetahuan anda juga
 di sini ada terdapat tandas awam. Jika semasa pendakian awal tu anda 
ada rasa nak ke tandas sila tahan dulu niat anda. hehe

Boleh nampak Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua dari sini.



Hilang segala penat lelah apabila sampai di Stesen Tengah. 
Pemandangan yang sungguh mempersonakan. Rasa macam nak lompat turun
 ke bawah pun ada.

Anda akan melalui tangga seperti ini lagi.hehe. Tapi kalau tak mahu naik tangga ada trek disebelah tangga ni cuma jalannya jauh sikit. Selepas tangga ni ada trek simen yang perlu dilalui. AWAS. Ada anjing garang di sini yang menjaga kawasan kebun, cuma jangan bimbang ianya ditambat kemas. Risau juga dengar anjing ni menyalak, besar pula tu hahaha. 

Bila dah jumpa trek seperti ini menandakan anda sudah tidak berapa jauh untuk sampai 
ke puncak. hehe. Dalam gambar nampak macam landai tapi semuanya mendaki. 

Anak-anak saya berumur 10/8/4 mampu. Anda pun pasti mampu. Muka tak puas hati 
sebab kedai ABC jauh lagi hehe.

Sepanjang pendakian tanda arah ada disediakan. Anda tidak perlu risau tersesat. 

Asal ada train lalu je anak-anak akan 
melambai-lambai. Muka yang dalam train
 tu seperti kehairanan melihat kami 
yang entah muncul dari mana. 





Rehat bila rasa keletihan melampau. Untuk makluman semasa pendakian 
saya hanya membawa sebotol air mineral 1liter, 100plus strawberry kecil dan
 3 bungkus roti. Air 100plus untuk pemanis tekak bila diperlukan. 
Minum sikit-sikit dikongsi kami berlima.

Di paras ketinggian ini anak-anak masih mampu tersenyum.

Dari sini jarak nak ke puncak dah tak jauh. Dekat sangat dah. 
Boleh dengar aktiviti-aktiviti yang berlaku di atas.


Ikut sahaja papan tanda. Pasti akan sampai.



Lega. Ais kacang Bukit Bendera menjadi pilihan kami.. 
Kongsi-kongsi makan sebab banyak. Sorang makan mesti tak mampu habis.

Selesailah misi kami menawan Puncak Bukit Bendera melalui Heritage Trail atau Laluan Warisan.
Dari atas puncak kami turun menggunakan train. Jangan bimbang, anda cuma beratur seperti orang lain untuk turun ke bawah. Apabila sampai di stesen bawah anda perlu MEMBELI TIKET SEHALA DI KAUNTER TIKET YANG TERSEDIA. 

Bagi pemegang mykad tambang bagi dewasa adalah RM5 manakala kanak-kanak RM3. Barulah anda boleh keluar setelah scan tiket yang anda beli tadi di pintu keluar.

Kepada yang berhajat bolehlah mencuba hiking naik melalui Heritage Trail ni. Owh ya, masa yang diambil untuk sampai ke puncak kami buat 2 jam 50 minit. Anda mesti boleh sampai lagi cepat dari kami.

Sekian.

2 comments:

zoro said...

nice... c u at the top hill

zoro said...

nice... c u at the top hill

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...