Tuesday, October 23, 2018

Mendaki Bukit Tokun dari empangan lama.

      Seperti selalu, kali ini saya akan menceritakan serba ringkas panduan untuk mendaki Bukit Tokun melalui empangan tinggal. Secara ringkasnya, Bukit Tokun terletak lebih kurang 6 kilometer dari pusat bandar Bukit Mertajam. Boleh juga dikatakan sebagai puncak tertinggi di kawasan tanah besar Negeri Pulau Pinang.

Pada hari Sabtu 20/10/2018 saya bersama dengan junior-junior saya pergi mendaki Bukit Tokun melalui trek empangan tinggal. Kalau diikutkan trek Bukit Tokun ni ada banyak, salah satunya ialah trek yang bakal kami daki ini. Kebiasaannya pengunjung boleh mendaki melalui jalan tar untuk ke puncak atau trek air terjun untuk sampai ke tempat rehat  Kelab Rekreasi Bukit Mertajam. Tapi saya lebih memilih untuk mendaki melalui trek empangan kerana lebih mencabar untuk sampai ke puncak  ( pendapat peribadi saya ).





Jalan masuk ke Bukit Tokun melalui Jalan Kolam (P135)terus ke penghujung jalan. Kalau dari Bukit Mertajam jalan ini terletak di sebelah kiri, dari arah Kulim pula terletak di sebelah kanan. Panduan untuk masuk ke sini ialah di depan simpang masuk ada terdapat kedai mee kuah ketam. 
Haaa...mesti jumpa punya. Susah sangat WAZE aje hehe.
















 Jalan masuk simpang ni di kelilingi kampung. Anda dinasihatkan tidak memandu kereta atau menunggang motor macam pelesit.




Apabila sampai di pintu gerbang ,parking kereta atau motorsikal anda di tempat yang sesuai. Bagi pengguna motorsikal anda boleh meletak kenderaan anda di kaki lima hadapan tandas awam bagi memudahkan anda ke trek empangan.


Untuk ke trek ini, ikut jalan nak ke empangan Tokun. Dari pintu gerbang masuk anda kena ambil lorong kiri terus kek hujung jalan. Dari sini dah nampak empangan tinggal tu.






Suku pendakian anda akan melalui kawasan tadahan air. Kira jumpa air terjun mini la lebih kurang. Boleh berehat di sini asalkan jangan buat kacau sudah.




Sepanjang trek lebih kurang begini lah dia punya denai. Tak ada jalan-jalan santai macam laluan pendakian jalan tar.

 Geng ni mendaki ibarat urat penat dah putus. Gila sungguh.

Kepenatan. Seperti biasa jangan ikut rentak orang. Kalau tak larat berhenti rehat dulu.



Binaan seperti piramid banyak terdapat di sepanjang pendakian. Apakah??? hehe.




Punyalah penat sampai terbongkok-bongkok saya nak mendaki. Dia boleh steady selfie cehhh.


 Owh ya, jangan lupa bawa bekal bila mendaki. Sekurang-kurangnya bawalah air untuk melepas dahaga. Atas ni tak ada kedai aaaaaaa.








Lagi struktur binaan seperti piramid di kawasan atas.







Sesetengah laluan direntangi pokok tumbang.






 Anak panah merujuk kepada laluan pendakian ke puncak. Simbol Bintang di dalam peta menandakan laluan ke meja batu. Kalau tak larat nak mendaki boleh keluar ikut laluan ni turun melalui jalan tar. Kalau rasa larat lagi on je terus ke atas. Dari laluan ini kalau tak masuk ke trek bersimbol Bintang dalam peta ni anda kena lalui trek yang agak menurun sedikit. Jangan bimbang, sepanjang trek bertanda. Dalam jarak lebih kurang 20 - 30 meter laluan menurun tamat dan pendakian bermula kembali. hehe. Rakam kenangan anda di setiap tempat anda berhenti rehat. Ambil sebanyak mana gambar yang boleh. Tinggalkan kenangan, jangan tinggal SAMPAH ye.




Papan tanda penanda arah banyak di sepanjang laluan. Insya Allah anda takkan sesat.




Bila nampak aje sayup-sayup pagar ni perasaan lega dia tak boleh nak digambarkan. hahaha.



Ikut laluan kiri anda bila jumpa kawasan berpagar ni.







































Haaa.... ni la pagar depan dia. Teruskan perjalanan ikut laluan tar di hadapan.



Anda akan jumpa kawasan ni pula. Check point utama kalau naik ikut laluan tar. hehe. Dari sini anda boleh turun terus menggunakan laluan tar untuk ke bawah atau ikut laluan anda naik tadi. 


Sepanjang laluan turun melalui jalan tar pemandangan seperti ini dapat dilihat.


 Saya turun ikut laluan tar sampai ke kawasan meja batu tempat bersimbol bintang dalam peta tadi untuk turun menggunakan trek hutan. Lagi mencabar dan lebih mudah kalau dibandingkan turun ikut laluan tar.

Kamera dari Sony Xperia Z3+. Steady jugak.hehe

Selesai misi mendaki Bukit Tokun melalui trek empangan. Basah lencun macam mandi tapi kepuasan yang sukar digambarkan.

Lain kali naik lagi kalau ada masa.
Selain hiking saya selalu juga naik ke puncak dengan mountain bike cuma laluannya berbeza laa hehe. Selamat mencuba.

Monday, September 24, 2018

HIKING BUKIT BENDERA HERITAGE TRAIL

AYAT BLOG INI DISENGAJAKAN SKEMA SUPAYA BOLEH DI ALIH BAHASA DENGAN MUDAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama juga saya tidak mengaktifkan blog ini disebabkan kesibukan tugas dan ketiadaan bahan.
Kali ini saya akan menceritakan trip kami sekeluarga hiking ke Bukit Bendera Pulau Pinang melalui laluan warisan a.k.a Heritage Trail.

Mulanya rancangan kami untuk hiking ke Ngor Hean Temple Air Itam Dam tetapi disebabkan laluan naik ke atas tidak dibuka kepada orang ramai jadi terpaksalah ubah rancangan. Memang tidak terniat untuk hiking ke Bukit Bendera pada mulanya. Konon-konon saja nak tengok laluan masuk hiking dari arah mana tetapi terlanjur ke atas terus. hehe

Bagi sesiapa sahaja yang berhajat untuk hiking ke Bukit Bendera melalui Heritage Trail ini dipersilakan. Jika berkereta/bermotorsikal, anda boleh parking kereta anda di kawasan Parking di Jalan Pokok Ceri. Ini untuk memudahkan anda naik terus ke trek hiking dari kawasan parking kereta. Jika nak parking di parking bertingkat pun tidak menjadi masalah asalkan anda tahu jalan nak ke trek ini.
Bayaran parking di Parking Jalan Pokok Ceri ini sebanyak Rm5 sekali masuk.

Kawasan Parking bertanda merah P.  Jalan masuk dari Jalan Ceri bertanda X.

Dari kawasan parking di Jalan Ceri anda kena menghala ke arah Tokong Then Kong Thnuah iaitu ke arah atas bukit sebelah kanan. Ikut sahaja jalan yang menaik tu. Anda mesti akan terjumpa mercu tanda nak naik ke atas melalui papan tanda yang disediakan. Pasti tidak akan tersesat.


Dari arah parking kereta menuju ke atas anda akan melalui jalan seperti ini. Awal-awal dah berbukit so jangan ambil ringan persiapan anda untuk hiking ke sini. Pasti mencabar untuk newbie hikers.



Bila nampak tanda arah ini membuatkan anda semakin 
teruja untuk menakluki Bukit Bendera.

Sebelah batu yang bertanda tadi ada meja dan tempat duduk 
disediakan untuk berehat. Pemandangan di sini pun dah cantik.

Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. 
Jangan ikut orang, kalau tak larat berhentilah rehat. 

Di awal pendakian anda akan berjumpa dengan batu tanda
 Bukit Bendera seperti ini. Ambil peluang untuk merakamkan 
kenangan anda di sini.


Disepanjang pendakian ada disediakan pondok seperti ini 
untuk melepaskan lelah.

Tangga-tangga yang seperti tiada kesudahan  inilah yang anda akan hadapi 
apabila hiking melalui Heritage Trail. Gila tinggi tangga ni.

Anda telah sampai di Stesen Tengah. Pemandangan dari sini sungguh mengujakan. 

Di antara pemandangan Stesen Tengah. Kalau naik train 
memang tak akan dapat jumpa tempat ni.

Train lama Bukit Bendera. Sudah tidak digunakan lagi. 

Pemandangan dari Stesen Tengah. Untuk pengetahuan anda juga
 di sini ada terdapat tandas awam. Jika semasa pendakian awal tu anda 
ada rasa nak ke tandas sila tahan dulu niat anda. hehe

Boleh nampak Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua dari sini.



Hilang segala penat lelah apabila sampai di Stesen Tengah. 
Pemandangan yang sungguh mempersonakan. Rasa macam nak lompat turun
 ke bawah pun ada.

Anda akan melalui tangga seperti ini lagi.hehe. Tapi kalau tak mahu naik tangga ada trek disebelah tangga ni cuma jalannya jauh sikit. Selepas tangga ni ada trek simen yang perlu dilalui. AWAS. Ada anjing garang di sini yang menjaga kawasan kebun, cuma jangan bimbang ianya ditambat kemas. Risau juga dengar anjing ni menyalak, besar pula tu hahaha. 

Bila dah jumpa trek seperti ini menandakan anda sudah tidak berapa jauh untuk sampai 
ke puncak. hehe. Dalam gambar nampak macam landai tapi semuanya mendaki. 

Anak-anak saya berumur 10/8/4 mampu. Anda pun pasti mampu. Muka tak puas hati 
sebab kedai ABC jauh lagi hehe.

Sepanjang pendakian tanda arah ada disediakan. Anda tidak perlu risau tersesat. 

Asal ada train lalu je anak-anak akan 
melambai-lambai. Muka yang dalam train
 tu seperti kehairanan melihat kami 
yang entah muncul dari mana. 





Rehat bila rasa keletihan melampau. Untuk makluman semasa pendakian 
saya hanya membawa sebotol air mineral 1liter, 100plus strawberry kecil dan
 3 bungkus roti. Air 100plus untuk pemanis tekak bila diperlukan. 
Minum sikit-sikit dikongsi kami berlima.

Di paras ketinggian ini anak-anak masih mampu tersenyum.

Dari sini jarak nak ke puncak dah tak jauh. Dekat sangat dah. 
Boleh dengar aktiviti-aktiviti yang berlaku di atas.


Ikut sahaja papan tanda. Pasti akan sampai.



Lega. Ais kacang Bukit Bendera menjadi pilihan kami.. 
Kongsi-kongsi makan sebab banyak. Sorang makan mesti tak mampu habis.

Selesailah misi kami menawan Puncak Bukit Bendera melalui Heritage Trail atau Laluan Warisan.
Dari atas puncak kami turun menggunakan train. Jangan bimbang, anda cuma beratur seperti orang lain untuk turun ke bawah. Apabila sampai di stesen bawah anda perlu MEMBELI TIKET SEHALA DI KAUNTER TIKET YANG TERSEDIA. 

Bagi pemegang mykad tambang bagi dewasa adalah RM5 manakala kanak-kanak RM3. Barulah anda boleh keluar setelah scan tiket yang anda beli tadi di pintu keluar.

Kepada yang berhajat bolehlah mencuba hiking naik melalui Heritage Trail ni. Owh ya, masa yang diambil untuk sampai ke puncak kami buat 2 jam 50 minit. Anda mesti boleh sampai lagi cepat dari kami.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...