Thursday, April 9, 2015

Cara mudah Download Youtube menggunakan Firefox add-ons

Salam sejahtera.

Nak download video dari Youtube tapi tak tahu bagaimana?

Tak ada install Internet Download Manager atau apa-apa software untuk download video?

Jangan bimbang, kadang-kadang kita terlepas pandang sesuatu yang mudah dan telah tersedia di pc/laptop kita sendiri. Dengan melayari youtube menggunakan pelayar laman web Mozilla Firefox anda sebenarnya boleh terus download video yang anda berkenan dari situ.

So, anda kalau nak download video youtube kena laa buka Mozilla Firefox. Yang lain-lain tu buka le pakai google chrome tu. Alaa... sama je laju nye.

Apa? Mozilla Firefox pun tak ada? aaaaaa...... boleh buka link dan download  DI SINI


 Ok... mula-mula selepas dah install Mozilla Firefox ( abaikan jika dah ada ) buka pelayar laman web tersebut. Pergi ke bahagian atas sebelah kanan dan buka/klik OPEN MENU yang ikon dia garis-garis melintang tu. Selepas itu Klik pula ikon ADD-ONS.





 Selepas klik ikon ADD-ONS anda akan dibawa ke paparan ADD-ONS MANAGER seperti gambar di bawah.
Taipkan DOWNLOAD YOUTUBE VIDEOS AS MP4 1.8.1 di ruangan search add-ons.






Klik install. Selepas proses muat turun selesai anda dikehendaki restart pelayar laman web Mozilla Firefox anda.  Kemudian buka laman web youtube.




Ta daa...butang DOWNLOAD dah ada di bahagian bawah video. Anda cuma perlu klik sahaja dan pilih dalam bentuk mana anda nak download dan pilih SAVE FILE video tersebut.







Proses download dan lokasi video tersebut anda boleh lihat di bahagian atas sebelah kanan seperti yang ditunjukkan anak panah...

SELAMAT MENCUBA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...