Wednesday, June 8, 2022

Hiking ke Temple Hill Matang / Mount Matang Sri Maha Mariamman Temple

 Assalamualaikum Salam Sejahtera...

Baru-baru ini saya bersama keluarga telah meluangkan masa lapang kami sempena cuti sekolah ini untuk mendaki bukit Sri Maha Mariamman Temple, Kampung Matang, Kuching.

Kuil ini terletak lebih kurang 20km dari pusat bandaraya Kuching. Ianya bersebelahan dengan Gunung Serapi. Kalau dari sesetengah kawasan di Kuching Gunung Serapi dan Gunung Santubong ni kira dominanlah dari pandangan mata. awwwww

Untuk ke bukit ini saya hanya berpandukan apps google maps sahaja. Amat mudah, cuma taip nama tempat dan start sahaja dan apps akan membawa anda terus ke kawasan tempat letak kereta di kaki bukit. Sebelum sampai kita akan masuk melalui Kampung Matang. Bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan untuk meletak kenderaan di sini. Ini kerana tempat meletak kenderaan adalah kawasan persendirian. Walau bagaimanapun tiada bayaran dikenakan untuk mendaki bukit ini.

Kalau agak keberatan untuk mengeluarkan duit untuk membayar anda boleh aje letak kenderaan dekat kawasan lain dan naik aje Grab,Maxim atau Bas tapi macam sama aje kosnya malahan mungkin lebih tinggi kecuali Bas lah. Kebanyakan perkhidmatan Bas di Kuching ni tambangnya cuma RM1 ke mana-mana destinasi berhampiran.


 

 

 Jarak dari tempat letak kenderaan di kaki bukit hingga ke puncak terletaknya Mount Matang Sri Maha Mariamman Temple ini adalah sejauh lebih kurang 3km dan mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam  bagi yang fit dengan berjalan kaki di atas jalan mini tar sepanjang pendakian tersebut. Saya sampai puncak agak lama jugak dalam sejam setengah sebab tak mahu paksa anak-anak naik laju, pelan-pelan kayuh kata orang. 

Kalau tak larat berhenti rehat dan jangan paksa diri. Lagipun saya terpaksa mendukung anak bongsu saya berusia 3 tahun sebab dia tidur. Mengantuk sangat dipertengahan pendakian. Dah le lama tak mendaki, kena pulak dukung anak berat dalam 14kg. Memang perit wehhh.



 






















Saya cuma sampai di pintu utama temple,tak naik ke bahagian atas temple sebab perlu membuka kasut. Leceh sikit nak buka kasut ni mana tau kaki kita ada bau nanti menganggu kesejahteraan pulak hehe. Lain kali aje lah naik atas. Dekat pintu utama ni ada orang jual minuman dalam tin dan botol. Manalah tahu air bekal dah habis semasa pendakian bolehlah beli.

Juga terdapat tandas untuk kita menumpang teduh ahahaha. Saya sampai-sampai aje terus cari tandas sebab nak melabur. Mungkin sarapan kuah roti canai tu menewaskan perut hamba yang lemah ini. 

Selesai rehat dalam 10 minit kami bergegas ( terpaksa pakai ayat ni hehe ) turun sebab cuaca nampak mulai mendung. Bawak budak-budak ni kalau hujan kesian pulak. Kalau saya seorang aje takde masalah, hujan pun on aje.

Penilaian saya pada Temple Hill ni saya boleh berikan  sebagai pendakian santai. Memang sesuai untuk newbie atau mereka yang baru nak berjinak dengan aktiviti pendakian. Kalau nak dibandingkan dengan Air Itam Dam Penang, Bukit Bendera atau Bukit Tokun memang jauh berbeza cabaran pendakiannya. Anak saya yang darjah 2 selamba berlari semasa mendaki disebabkan tiada bukit yang curam atau mencabar. Dia tak rasa lagi Gunung Serapi hehe. Bukit boleh laa nak ek. Lagi sekali diingatkan, jangan ikut tenaga orang lain, rasa diri tak larat berhentilah berehat. Tak perlu malu disebabkan penat.

Target saya selepas ini adalah Gunung Serapi. Mungkin pendakian solo sahaja.


Ringkasan Sejarah
Sejarah Mount Matang Sri Maha Mariamman Temple saling berkaitan secara langsung dengan kedatangan nenek moyang India Sarawak sekarang. Secara ringkasnya, pekerja ladang kopi dibawa ke Sarawak pada separuh kedua abad ke-19. Pada tahun 1867, Ladang Kopi Matang dibuka oleh Kerajaan Sarawak. Peneroka awal kebanyakannya beragama Hindu, namun mereka tidak mempunyai tempat pemujaan. Peneroka tersebut kemudian berkumpul dan membina Kuil Sri Maha Mariamman di Ladang Kopi. Pada tahun 1870, Rajah dan Ranee telah dicatatkan yang mereka telah tinggal di Ladang Kopi selama lebih kurang tiga minggu di banglo yang kini dikenali sebagai Rajah Charles Brooke’s Bungalow (Valembrosa). Menjelang tahun 1873, lebih dari 100,000 tanaman sihat ditanam di ladang tersebut tetapi ia tidak mengeluarkan hasil. Oleh itu, menjelang tahun 1886, ladang tersebut telah berubah menjadi teh dan cinchona.
  Sumber web
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...